Nuffnang

Isnin, 17 Disember 2012

Info: Pelik Tapi Benar


Terdapat beberapa kisah pelik yang ternyata benar ingin dikongsikan bersama anda di pagi ini. Kisah ini tidak berlaku di Malaysia, tetap banyak berlaku di negara-neagra luar contohnya di Amerika Syarikat. 

1.Kembar tiga yang lahir dengan selisih waktu 11 tahun.


Ini benar-benar susah untuk dipercayai bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di dalam gambar di atas adalah kembar tiga,Bethony,Megand dan Ryleigh memang kembar tiga.Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama,Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah kelahiran saudara kembarnya.Hal ini disebabkan kerana,1 dari 3 embrio telah dibekukan untuk dilahirkan 11 tahun kemudian.


2. Orang yang ditembak di kepalanya,tetapi baru mengetahuinya 5 tahun kemudian.

 
 Seorang lelaki yang tinggal di Jerman hidup dengan normal dan baik-baik saja selama lima tahun tanpa menyedari dia telah ditembak di kepala.Peluru kaliber 0,22 ditemui ketika lelaki itu pergi ke dokter untuk memeriksanya.Yang dia ingat adalah bahwa dia telah menerima pukulan ke kepala pada tengah malam di sebuah parti Tahun Baru “di tahun 2004,atau 2005″,tapi terlupa tentang hal itu kerana dia “sangat mabuk”.


3. Orang yang menembak seorang remaja kerana memakai seluar baggy.
 
 
Polis di Tennessee mengatakan Kenneth,45 tahun menjadi sangat benci dan marah pada remaja yang memakai seluar baggy dan dia menembak remaja itu di punggung.Pada 25 September,dia didakwa dengan dua tuduhan melakukan serangan dan melepaskan tembakan beberapa kali pada pemuda 17 tahun setelah mangsa menolak untuk menarik seluarnya yang melorot dan menghina kennet dengan gelaran bontot gemuk.


4.Wanita yang memecahkan rekod dunia paling gemuk dengan berat 700 pounds (320 Kg).

 
 Ketika di usia 20,berat Terri Smith hanya sekitar 120 kilogram.Terri menikahi Myron,pada tahun 1986.Pada usia 32 dia menderita arthritis di lututnya dan tidak mampu untuk berjalan lebih dari beberapa langkah pada satu waktu.Kemudian Smith diberi kerusi roda litrik untuk berkeliling namun disebabkan Kurangnya latihan senaman fizik dan tidak mengubah pola makan menyebabkan berat badannya naik sehingga dia hampir tidak mampu berdiri.


5.Pencuri yang cuba mencuri di muzium dengan menyamar menggunakan rumput.
 
Menurut polis di Oregon,Gregory Liascos,suspek yang berumur 36 tahun menyamar ala kamuflase sebelum mencuba untuk menerobosi dinding sebuah muzium batu dan mineral selama beberapa malam pada bulan Oktober dalam upaya untuk mencuri koleksi emas muzium bernilai 0,25 juta dolar.Karyawan Muzium menelepon polis setelah menemukan adanya bekas lubang dipahat di dinding dan meskipun pakaian rumput nya susah untuk dikesan,anjing polis berhasil mengesan suspek.Anjing itu menggigit timbunan tanah yang ditumbuhi rumput,dan tanah itupun menjerit.Gregory ditangkap serta merta setelah penyamarannya terbongkar oleh anjing polis. 

©2012, copyright Nur Ellena

Khamis, 13 Disember 2012

Info: Syukurlah


Ada seorang gadis buta yang membenci dirinya sendiri kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya. Kekasihnya selalu ada disisinya untuk menemani dan menghiburkannya. Dia mengatakan akan menikah dengan kekasihnya hanya jika dia boleh melihat dunia.

Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan sepasang mata kepadanya sehingga dia dapat melihat semua benda, termasuk kekasihnya. Kekasihnya bertanya, "Sekarang kamu dapat melihat dunia. Apakah kamu mau menikah denganku?"
Gadis itu tergamam semasa melihat bahawa kekasihnya juga buta. Dia menolak untuk menikah dengannya.

Kekasihnya pergi dengan air mata mengalir, dan kemudian menulis sepucuk surat singkat kepada gadis itu, "Sayangku, tolong jaga baik-baik mata saya."


©2012, copyright Nur Ellena

Jumaat, 7 Disember 2012

Info: Amalan Selepas Solat

Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- ( HR Muslim) 

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” ( HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)


Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." 

( HR Muslim) 

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” ( HR Thabrani) 





©2012, copyright Nur Ellena

Rabu, 5 Disember 2012

Kreatif: Lego Men

Siapa pernah pergi ke Legoland Malaysia yang kat Johor tu? Ala, taman tema antarabangsa pertama di Malaysia. Tapi yang saya nak kongsikan hari ini bukan mengenai taman tema itu, sebaliknya mengenai seorang artis dan pereka mainan, Jason Freeney. Beliau telah mengubah ikon Lego Men yang bersaiz 18 inci ini siap dengan 'isi dalamannya' sekali. Apa yang dimaksudkan dengan isi dalaman? Lihat gambar-gambar ini.






Sumber: Jason Freeney

©2012, copyright Nur Ellena

Selasa, 4 Disember 2012

Kreatif: Iklan 'Cool' Pada Bangunan

Koleksi papan iklan yang mampu menarik minat orang ramai yang melihatnya. Kreativiti para pereka iklan ini amat mengagumkan.









©2012, copyright Nur Ellena

Isnin, 3 Disember 2012

Kreatif: Sebelum dan Selepas Menjadi Penagih Dadah

Menggunakan keajaiban 'make-up', jurugambar ini menjalankan satu eksperimen bagi mendapat pandangan orang ramai terhadap penagih dadah. Projek yang dinamakan 'Half' ini mengabungkan 2 imej berbeza sebelum dan selepas menjadi seorang penagih dadah.






Sumber: Roman Sakovich

©2012, copyright Nur Ellena

Jumaat, 30 November 2012

Info: 10 Surah Al-Qur'an Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W.


1. SURAH AL-FATIHAH 
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
 

2. SURAH YAASIN
 
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., 
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
 
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
 
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : 
"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
 
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). 
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
 

3. SURAH AT-DHUHAN
 
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
 

4. SURAH AL-WAQI'AH
 
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. 

5. SURAH AL-KHAUTHAR
 
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
 

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
 
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). 
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
 

7. SURAH AL-MULK
 
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..
 

8. SURAH AL-IKHLAS
 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : 
"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." 
Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." 
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya." 
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., 
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."
 
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : 
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
 

9. SURAH AL-FALAQ
 
Siti Aisyah menerangkan : 
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."
 

10. SURAH AN-NAS
 
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


©2012, copyright Nur Ellena

Khamis, 29 November 2012

Kesihatan: Madu

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah -buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluarlah madu yang bermacam-macam warnanya. Didalamya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya. (surah al-Nahl ayat 65-69). 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

©2012, copyright Nur Ellena

Gambar: Hotel Atas Pokok

The Treehotel terletak di Harads, utara Sweden yang berdekatan dengan sungai Lule menggunakan konsep rumah yang dibina di atas pokok. Dikelilingi suasana keindahan hutan rimba, sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan dan kelainan. Tetamu boleh memilih pelbagai jenis konsep rumah pokok antaranya:

The Bird's Nest


 The Cabin

 The Mirror Cube

 The Tree Sauna

The UFO











Sumber: The Treehotel

©2012, copyright Nur Ellena

Kreatif: Seni Pada Penggulung Tisu Tandas

Tisu tandas. Anda mesti tahu kan? Bila tisu sudah habis, penggulung dibuang sahaja. Tapi adakah pernah anda terfikir bahawa penggulung itu adalah hasil seni bagi artis seni ini Anastasia Elias. Berikut antara koleksi seni yang dihasilkan beliau.







Sumber: Anastasia Elias

©2012, copyright Nur Ellena

Rabu, 28 November 2012

Gambar: Berjemur Di Perut Kapal Terbang

Mungkin tajuk di atas akan membuat anda hairan kan? Ia benar-benar berlaku di pulau Saint Martin, Antillen Belanda. Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana terletak berhampiran persisiran pantai Maho yang menjadi tumpuan pengunjung samada untuk berkelah dan bermandi-manda atau bersantai sambil menyaksikan pelbagai jenis kapal terbang melintasi mereka pada jarak yang amat dekat.







©2012, copyright Nur Ellena

Gambar: Pulau Kucing di Fukuoka, Japan

Sebuah pulau di Fukuoka, Japan mungkin boleh diterjemahkan kepada pulau syurga bagi kucing. Kucing-kucing ini bebas berkeliaran. Kucing-kucing disini dilayan dengan baik oleh nelayan di pulau ini dan disajikan dengan ikan-ikan segar setiap hari.









Sumber: Pulau Kucing

©2012, copyright Nur Ellena