Khamis, 26 April 2012

Haiwan : Perihal Kucing

Perihal Kucing

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan
bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


©2012, copyright Nur Ellena

Ada Apa Pada Nama...

NUR ELLENA
NNaif
UUntung
RRamah
EEmosional
LLemah-lembut
LLincah
EEgoistik
NNaif
AAmanah
Apa ada pada nama?


©2012, copyright Nur Ellena

Resepi: Nasi Goreng Secukup Rasa

Nasi Goreng Secukup Rasa

 Bahan-bahan:
1. 1 mangkuk nasi
2. 2 biji telor
3. 1 ulas bawang putih (Cincang halus)
4. Kacang panjang (mengikut keperluan)
5. Serbuk Secukup Rasa (mengikut keperluan)
6. 2 sudu minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak , masukkan bawang putih (jangan goreng sampai hangus), masukkan telor ayam.
2. Apabila telor dah separuh masak, masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan kacang panjang dan Serbuk Secukup Rasa.
4. Hidangkan semasa panas2.

Ayam Gorng Berempah
 Bahan-bahan:
1. Ayam (Mana-mana bahagian yang anda suka)
2. Tepung Jagung
3. Tepung Goreng
4. Garam
5. Kunyit
6. Minyak masak (Untuk menggoreng)

Cara-Cara
1.  Gaulkan ayam dengan garam, secubit kunyit, tepung jagung dan tepung goreng. Perapa selama 10 minit.
2.  Panaskan minyak dan goreng ayang yang telah diperap tadi. pastikan minyak betul2 panas.


Sambal Belacan
Bahan-Bahan
1. 2 biji cili merah besar
2. 3 biji cili padi (jika nak pedas boleh tambah)
3. 1 biji tomato masak
4. 1cm belacan (Bakar sekejap untuk dapat aroma )
5. 3 ulas bawang merah
6. Garam
7. Gula
8. Air limau kasturi

Cara-cara
1. Campurkan bahan-bahan 1-7 dalam bekas pengisar dan kisar hingga semua bahan2 sebati.
2. Masukkan perahan limau kasturi.




©2012, copyright Nur Ellena