Nuffnang

Jumaat, 30 November 2012

Info: 10 Surah Al-Qur'an Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W.


1. SURAH AL-FATIHAH 
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
 

2. SURAH YAASIN
 
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., 
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
 
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
 
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : 
"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
 
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). 
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
 

3. SURAH AT-DHUHAN
 
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
 

4. SURAH AL-WAQI'AH
 
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. 

5. SURAH AL-KHAUTHAR
 
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
 

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
 
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). 
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
 

7. SURAH AL-MULK
 
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..
 

8. SURAH AL-IKHLAS
 
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : 
"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." 
Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." 
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya." 
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., 
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."
 
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : 
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
 

9. SURAH AL-FALAQ
 
Siti Aisyah menerangkan : 
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."
 

10. SURAH AN-NAS
 
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


©2012, copyright Nur Ellena

Khamis, 29 November 2012

Kesihatan: Madu

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah -buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluarlah madu yang bermacam-macam warnanya. Didalamya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya. (surah al-Nahl ayat 65-69). 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

©2012, copyright Nur Ellena

Gambar: Hotel Atas Pokok

The Treehotel terletak di Harads, utara Sweden yang berdekatan dengan sungai Lule menggunakan konsep rumah yang dibina di atas pokok. Dikelilingi suasana keindahan hutan rimba, sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan dan kelainan. Tetamu boleh memilih pelbagai jenis konsep rumah pokok antaranya:

The Bird's Nest


 The Cabin

 The Mirror Cube

 The Tree Sauna

The UFO











Sumber: The Treehotel

©2012, copyright Nur Ellena

Kreatif: Seni Pada Penggulung Tisu Tandas

Tisu tandas. Anda mesti tahu kan? Bila tisu sudah habis, penggulung dibuang sahaja. Tapi adakah pernah anda terfikir bahawa penggulung itu adalah hasil seni bagi artis seni ini Anastasia Elias. Berikut antara koleksi seni yang dihasilkan beliau.







Sumber: Anastasia Elias

©2012, copyright Nur Ellena

Rabu, 28 November 2012

Gambar: Berjemur Di Perut Kapal Terbang

Mungkin tajuk di atas akan membuat anda hairan kan? Ia benar-benar berlaku di pulau Saint Martin, Antillen Belanda. Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana terletak berhampiran persisiran pantai Maho yang menjadi tumpuan pengunjung samada untuk berkelah dan bermandi-manda atau bersantai sambil menyaksikan pelbagai jenis kapal terbang melintasi mereka pada jarak yang amat dekat.







©2012, copyright Nur Ellena

Gambar: Pulau Kucing di Fukuoka, Japan

Sebuah pulau di Fukuoka, Japan mungkin boleh diterjemahkan kepada pulau syurga bagi kucing. Kucing-kucing ini bebas berkeliaran. Kucing-kucing disini dilayan dengan baik oleh nelayan di pulau ini dan disajikan dengan ikan-ikan segar setiap hari.









Sumber: Pulau Kucing

©2012, copyright Nur Ellena

Selasa, 27 November 2012

Jumaat, 23 November 2012

Gambar: Laluan Tree Top Walk Tertinggi Di Dunia

Berjalan pada ketinggian 8 hingga 25 meter sambil menikmati permandangan persekitaran alam yang belum terusik oleh pembangunan merupakan satu pengalaman yang pastinya mengujakan. Ia dapat direalisasikan jika anda berkunjung ke Taman Negara Bavarian di Jerman yang mempunyai laluan 'Tree Top Walk' tertinggi di dunia. Dibina di tengah-tengah hutan menggunakan struktur kayu, ia bagaikan sebati dengan persekitarannya.













Sumber: Taman Negara Bavarian

©2012, copyright Nur Ellena

Kreatif: Seni Pada Papan Tanda

Kepakaran graduan Academy of Art Rennes, Perancis yang berusia 46 tahun ini dalam penghasilan stiker plastik yang mengubah papan tanda arah jalan kepada seni adalah amat menakjubkan. Tapi kalau hanya tertarik dengan corak papan tanda tanpa mematuhi arahan sebenarnya tidak ada guna juga kan?










Sumber: Clet Abraham

©2012, copyright Nur Ellena