Jumaat, 23 Mei 2014

Cerita: Belum mengandung lagi ker?

Dua minggu lagi genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, hari-hari berdepan dengan kebahagiaan dan sometimes gaduh-gaduh manja. hehe. Biasa lah, setiap rumah tangga pasti ada ups and downs kan. Namun, semakin panjang usia perkahwinan ini, semakin berat beban di hati. Bukan bermasalah dengan suami atau kewangan. Tapi masalah ANAK. Isu yang cukup sensitif sebenarnya tapi perlu juga diluahkan. Sebab dah sarat benar hati menanggung. Di awal perkahwinan pun, kami sering disogok dengan persoalan "bila nak dapat anak?" "dah berisi belum?" dan macam2 lagi. Dan sampai sekarang pun, persoalan itu makin lebat pula ditanya. Bulan-bulan pertama, saya macam tak kisah pun ditanya begitu. Walaupun tak pernah merancang dan memang kalau boleh nak anak cepat-cepat, tapi saya tak pernah ambil hati or rasa apa-apa bila orang mula bertanya macam tu. Anggap itu doa dan orang ambil berat. But after 1 year of married, mula ada satu rasa yang menyelinap dalam hati. Sedih. Hampa. Kecewa. Setiap kali menses, saya akan menangis. Bila menerima berita kawan-kawan yang  baru jer kahwin sudah berjaya conceived, saya rasa sebak. Of course rasa gembira dengan berita itu, namun saya tak mampu nafi, ada sesuatu rasa yang menyentap di hati. Suami menjadi sumber kekuatan saya sebab dia sangat cool handle bini dia yang 'drama queen' ni.hehe. Baru saya tahu macam mana perasaan suami isteri yang susah nak dapat anak ni. Owhh, terus teringat saya pernah alami benda-benda macam ni masa belum2 kahwin dulu. When people keep asking you "bila lagi nak kahwin ni?" sedangkan kita nak menjawap ni pun tak tahu nak bagi jawapan apa. Masa tu memang sungguh2 menangis. And now, it happen again!

Bila tengok facebook, kawan-kawan yang dah kawin dan baru kawin post gambar-gambar kenangan time dapat 1st baby hinggalah berderet2...bestnye.tp itu rezeki mereka. pikir positif belum rezeki kami lagi. Yang paling sentap adalah apa yang berlaku hari ni, dapat result check darah -ve , setelah 2 minggu delay period. Ingatkan dah mengandung. bila di scan, doktor cakap macam ada baby yang mungkin berusia 4 minggu bersize 14mm. Tapi akhir hari ni terjawablah juga baby tak jadi . sedih yang teramat sangat. Saya tahu hati suami lagi sedih, sebab berharap sangat baby tu jadi. Bukan tak redha, bukan tak pasrah. Tapi sebagai manusia yang lemah, kadang2 perasaan terusik. Usaha sudah, berdoa sudah, tawakkal pun sudah. Namun apa yang dinanti tetap masih dalam mimpi. Lalu selalu rasa sedih dan kecewa itu bertandang. Padahal saya sedaya upaya untuk redha atas semua ujian ini. Hari2 saya pujuk hati untuk bersabar. Saya faham dan mengerti, ada sebab kenapa Allah belum mengurniakan rezeki nan satu itu. Itu semua rahsia Allah yang kadang2 kita tak mengerti, lalu mula bermacam rasa yang tak enak mengusai hati. Kerja syaitan je semua ni kan. Melihat kembali segala nikmat yang Allah kurniakan, tiada sebab untuk saya bersedih atas kekurangan itu. Rumah tangga yang saya bina dengan suami adalah rahmat dari Allah. Hari2 dapat bersama dan menjaga suami pun rahmat dari Allah. Punya ibu bapa yang tersangat mulia juga rahmat dari Allah. Kenapa perlu bersedih? Saya tetap yakin, rezeki itu tetap ada. Cuma ia akan hadir pada waktu yang telah ditetapkan. Sebagaimana Allah uji kami dengan bermacam onak dan duri sebelum DIA membuka seluas2nya jalan untuk kami berumah tangga, begitu juga DIA menguji kami menunggu kehadiran cahaya mata penyeri rumah tangga. InsyaAllah, setiap yang berlaku ada hikmah. Sabar, sabar dan sabar. Semoga kami suami isteri lebih tabah nak menjawap pertanyaan orang lepas ni. hehe.

©2014, copyright Nur Ellena