Nuffnang

Selasa, 10 Februari 2015

Kreatif: Pasu Pecah

Pada yang suka berkebun pastinya akan mengalami pengalaman pasu-pasu bunga pecah. Ada sesetengah terus membuangnya dan ada juga yang membiarkannya begitu sahaja. Namun bagi yang kreatif, pasu-pasu yang sudah pecah ini tetap boleh digunakan malah boleh dijadikan hiasan yang menarik. Berikut adalah antara hasil kreativiti menggunakan pasu pecah yang saya dapati di internet.






©2015, copyright Nur Ellena

Isnin, 9 Februari 2015

Kreatif: Anda Ada Kad Perniagaan?

Orang kata untuk maju dalam dunia perniagaan perlulah pandai mencari peluang dalam memperkenalkan perniagaan anda. Terdapat pelbagai cara untuk memperkenalkan perniagaan anda seperti memberikan kad perniagaan anda. Namun jika kad perniagaan anda amat kreatif dan lain daripada yang lain pastinya ia dapat membantu anda bukan? Mari kita lihat beberapa kad perniagaan yang amat kreatif ini.

 
Jurulatih Yoga

Syarikat Penghantaran

Pembuat Kerusi

Pereka Taman & Laman

Peguam Penceraian

Tok Mudim

 Pakar Bedah Plastik

©2015, copyright Nur Ellena

Khamis, 5 Februari 2015

Gambar: Realiti Kehidupan Di Zoo

Banyak zoo tidak mempunyai persekitaran semulajadi yang baik dengan kadar tembusan cahaya yang sedikit, kurang kepelbagaian tumbuhan semulajadi seperti di habitat asal, makanan yang tidak mencukupi dan berkualiti rendah, tiada hubungan sosial sesama haiwan (ruang terkurung) dan ruang yang kecil dan suram. Akibat daripada tekanan persekitaran yang tidak sihat ini ia boleh mengubah secara drastik ke atas fizikal dan psikologi haiwan-haiwan ini.
Gambar haiwan-haiwan ditempatkan di dalam zoo ini telah dirakamkan oleh jurugambar Elias Hassos dan diterbitkan di dalam majalah German Greenpeace dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak dan keperluan haiwan-haiwan ini.






©2015, copyright Nur Ellena

Rabu, 4 Februari 2015

Gambar: Bagai Dihidupkan Semula

Penemuan semula lebih 5,000 negatif plat kaca lama pada tahun 2013 yang dihasilkan oleh jurugambar Romania, Costica Acsinte merupakan penemuan sensasi bagi ahli kaji sejarah  dan para jurugambar professional yang lain. Berdasarkan gambar-gambar yang ditemui ini, seorang jurugambar dari Australia, Jane Long menghasilkan sebuah hasil seni menggunakan gambar-gambar lama ini dengan memberikan warna dan sentuhan fantasi menggunakan teknologi digital. Acsinte dikatakan merupakan satu-satunya jurugambar professional di Romania semasa Perang Dunia Pertama.






©2015, copyright Nur Ellena

Isnin, 2 Februari 2015

Gambar: Taman Bunga Shibazakura

Taman bunga di Pulau Hokkaido merupakan tempat tarikan pelancong yang sukakan bunga-bungaan. Taman ini mempunyai lebih daripada sejuta bunga mekar meliputi kawasan berbukit seluas 100,000 meter persegi menghadap ke bandar Tokinue.
Terdapat banyak destinasi pelancongan di Pulau Hokkaido, namun taman-taman bunga merupakan tempat yang berwarna-warni. Saban tahun bermula awal bulan Mei sehingga ke pertengahan bulan Jun, bukit-bukau dihampari dengan bunga-bunga merah jambu "Moss Phlox" atau nama tempatan "shibazakura" (芝桜).
Laluan yang berliku-liku menanti para pelancong untuk ke puncak bukit di mana mereka bakal disajikan dengan pemandangan indah lautan bunga-bunga. Taman Higashimokoto dibina pada tahun 1956 bermula dengan sekotak benih, namun sejak dari itu banyak pokok-pokok mulai disemai saban tahun. Pada musim ini, para pengunjung dapat menghirup udara segar dengan aroma bunga-bungaan mekar.
Disamping itu juga, penduduk tempatan mengadakan upacara perayaan tahunan bagi merayakan musim bunga ini dengan mengadakan pelbagai acara bertemakan musim bunga shibazakura.






©2015, copyright Nur Ellena