Rabu, 14 Oktober 2015

Peristiwa: Salam Ma'al Hijrah 1437H

Awal Muharram merupaka sambutan tahun baru bagi umat Islam mengikut kalendar Hijrah. Awal bermaksud permulaan dan Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Muharram juga bermaksud 'diharamkan' atau 'larangan' di mana Allah S.W.T. melarang peperangan dan petumpahan darah dalam bulan ini. Namun larangan ini telah dimansuhkan ketika pembukaan semula Kota Mekah oleh orang Islam dan Rasulullah S.A.W. menamakan bulan ini juga sebagai bulan Allah. Ia juga merupakan hari pertama penghijrahan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. dari Kota Mekah ke Kota Madinah yang menjadi titik permulaan pembentukan negara Islam pertama di dunia.



©2015, copyright Nur Ellena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan